NEW BALANCE 1906L – LOAFERS STAILO & SELESA

0
85

Dalam dunia fesyen lelaki yang semakin bereksperimen, tahun ini menyaksikan satu fenomena pelik tapi menarik: loafers bertemu running shoes. Dan jika ada satu model yang paling mencetuskan hype, jawapannya ialah New Balance 1906L — silhouette “oddly perfect” yang kini mendominasi TikTok, Instagram OOTD, malah gaya jalanan di KL dan Singapura.

Walaupun New Balance sinonim dengan kasut larian dan dad shoes moden seperti 1906R dan 9060, model 1906L (L = Loafers) membuktikan bahawa jenama Boston itu semakin berani mencabar norma fesyen.

Di Malaysia, 1906L bukan saja trending, tetapi turut menjadi alternatif kepada loafers klasik yang selama ini mendominasi gaya smart-casual lelaki.

Malaysia ialah negara yang cuacanya panas, pergerakan pantas dan gaya hidup urban yang jarang benar-benar formal.
1906L masuk sebagai penyelamat kerana luar nampak macam loafers “smart”, kaki rasa macam pakai sneaker premium, selain tak rasa panas dan kaki tak gatal.

Ini menjadikannya pilihan praktikal untuk lelaki yang mahukan gaya office-ready, tetapi tetap fleksibel untuk hujung minggu.

1906L hadir dalam beberapa warna menarik seperti hitam, putih, perak, biru, merah jambu dan banyak lagi. Warna-warna itu pastinya boleh dipadankan dengan apa jua seluar yang anda pakai. 

Persoalannya, kenapa 1906L boleh jadi viral? Jawapannya ialah trend kasut yang selesa semakin mengatasi kasut formal yang keras dan 1906L menang kerana ia berada di tengah-tengah: bentuk moden + keselesaan optimum.

Adakah Kasut Ini Untuk Semua Orang?

New Balance 1906L sesuai untuk:

✔ lelaki yang suka loafers tapi mahu keselesaan sneaker
✔ kaki streetwear yang ingin upgrade ke gaya lebih matang
✔ pekerja pejabat yang tak mahu pakai kasut keras
✔ mereka yang sukakan kasut versatil — dari mall ke office ke date nigh

Kurang sesuai kalau:

✘ anda perlukan loafer kulit “formal” untuk majlis rasmi
✘ anda sukakan silhouette yang sangat slim / klasik

Tetapi untuk 90% gaya lelaki moden Malaysia, ia sangat masuk.

Harga normal 1906L di pasar global berada sekitar RM550–RM650, bergantung kepada warna dan retailer. Di Malaysia, ia boleh didapati melalui kedai sneakers multi-brand, reseller platform dan butik New Balance tertentu (bergantung kepada stok).

Senang cakap, 1906L bukan sekadar kasut, ia adalah simbol trend fesyen 2025 di mana keselesaan, minimalisme dan gaya bersatu dalam sneaker-loafer yang paling hangat di Malaysia sekarang. Jika anda seorang yang suka tampil segak tanpa perlu pening kepala, 1906L adalah pilihan yang wajib ada di dalam rotation.