CUCI PINGGAN LEBIH MUDAH DENGAN ACERPURE VORTEX KW1. RM2,599 SAHAJA

0
128

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Acerpure VORTEX KW1, mesin basuh pinggan atas kaunter yang direka khusus untuk kediaman moden di Malaysia.

Menyasarkan golongan muda yang mengutamakan kemudahan dan ingin memaksimumkan ruang dapur, model ini hadir dengan konsep plug-and-play — tiada pemasangan paip tambahan diperlukan. Anda hanya perlu sambungkan kepada paip air atau isi air secara manual melalui tangki terbina dalam.

Walaupun tampil dengan reka bentuk ringkas dan bergaya, Acerpure VORTEX KW1 mampu membersihkan sehingga 46 item pinggan-mangkuk dalam satu cucian. Ia sesuai untuk mereka yang tinggal bersendirian, pasangan, atau keluarga kecil, dan menyokong pelbagai jenis bahan seperti seramik, kaca serta keluli tahan karat.

Untuk kebersihan menyeluruh, VORTEX KW1 menggunakan cucian antibakteria bersuhu tinggi 75°C yang mampu menyingkirkan kuman dan minyak degil. Tiga lengan penyembur 360 darjah membantu memastikan setiap sudut termasuk pinggan, periuk, kuali dan gelas halus sentiasa dapat dicuci sehingga bersih berkilat.

Operasi juga sangat mudah dengan panel sentuh berwarna yang intuitif. Pengguna boleh memilih pelbagai mod cucian, daripada cucian pantas harian hinggalah mod lembut untuk mencuci buah-buahan.

Selepas cucian, sistem pemanasan PTC dan pengudaraan UV boleh diaktifkan untuk memastikan peralatan dapur sentiasa kering, bersih dan bebas bau sehingga tujuh hari, sedia digunakan pada bila-bila masa. Setiap cucian hanya menggunakan 5.2 liter air, menjimatkan sehingga 96% air berbanding basuhan tangan. Ia turut menjimatkan tenaga kerana menggunakan hanya 0.45kWh setiap kitaran.

Dari segi gaya, reka bentuk elegan berinspirasikan Eropah dengan paip dalaman tersembunyi menjadikan ia mudah serasi dengan apa jua konsep dapur moden.

Acerpure VORTEX KW1 kini boleh didapati melalui Acer eStore serta kedai rasmi Acerpure di Shopee dan Lazada pada harga RM2,599. Pelanggan awal yang membeli sebelum 19 November 2025 akan menikmati harga pelancaran RM1,999, termasuk kredit Touch ’n Go eWallet RM100 dan waranti tahun ketiga secara percuma.