KOHLER BUKA BILIK PAMERAN BAHARU DI JB

0
95

KOHLER Malaysia kini meluaskan lagi kehadirannya di selatan tanah air dengan pembukaan bilik pameran baharu di Taman Perling, Johor Bahru.

Ruang ini menampilkan konsep moden sebagai hab inovasi dan reka bentuk, sekaligus memperkukuh komitmen KOHLER untuk menawarkan perkhidmatan lebih dekat, respon lebih pantas dan sokongan selepas jualan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di wilayah Johor.

Selaras dengan pertumbuhan pesat sektor pembinaan di negeri tersebut, bilik pameran ini menjadi destinasi untuk pemilik rumah, pereka dalaman dan profesional industri meneroka solusi bilik mandi dan dapur moden yang menekankan reka bentuk, inovasi dan kelestarian.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Pengurus Negara KOHLER Malaysia, Jamie Chow dan Pengarah Bathtech Innovation Sdn. Bhd., Lee Kuan Yee.

Bilik pameran baharu ini menonjolkan rangkaian produk premium KOHLER termasuk kemasan PVD yang tahan lama, tandas pintar, tempat duduk bidet berinovasi tinggi serta zon pancuran mandian imersif yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman air KOHLER.

Menurut Jamie Chow, ruang ini dibina untuk menyokong pertumbuhan pesat sektor pembinaan Johor, selain menyediakan persekitaran inspirasi bagi kediaman dan ruang komersial moden.

Bathtech Innovation turut berkongsi keyakinan bahawa bilik pameran ini akan memberikan nilai lebih kepada pemilik rumah, pereka dalaman dan komuniti pembinaan di kawasan tersebut.

Sempena pembukaan, KOHLER menawarkan Promosi Pakej Pembukaan Eksklusif dengan penjimatan sehingga 40% untuk produk terpilih, berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.